PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT ZON RANGGU ANJURAN KRT KG.RANGGU BERSAMA PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAWAU

2
April 2017 @ 7.30 pagi , Gelanggang Sepak Takraw Balairaya Kg.Ranggu -
Kumpulan anak anak muda yang berminat bermain sepak takraw telah
menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Pergerakkan Pemuda UMNO
Tawau bersama KRT Kg.Ranggu Tawau.
Majlis
Perasmian Pertandingan Sepak Takraw ini disempurnakan oleh Tuan Ariffin
bin Hj.Kassim Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.
Beliau
menyeru kepada anak anak muda yang belum mendaftarkan diri sebagai
pengundi perlulah berbuat demikian , begitu juga dengan keahlian parti
UMNO anak anak muda diseru menyertai parti keramat ini dimana didalamnya
terdapat banyak aktiviti aktiviti yang melibatkan anak anak muda.
Penyampaian
cenderakenangan oleh Tuan Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu
kepada Tuan Ariffin bin Hj.Kassim sempena perasmian Pertandingan Sepak
Takraw Zon Ranggu.
Sebagai gimik perasmian Tuan Ariffin bin Hj.Kassim memulakan sepakkan untuk tekong pada game 5 sahaja.
Service yang kedua untuk gimik perasmian ini , nampak begitu teruja para penonton.
Service ke-tiga
Service ke-empat
Dengan aksi tersendiri diservice ke-lima ini yang jarang jarang disaksikan petapa kesungguhan nya untuk melakukan service yang terbaik
Pertandingan
dimulakan setelah urusan pemilihan game telah dipersetujui dimana
pertandingan ini ialah sistem kalah mati. Pertandingan dimulakan pada
jam 8.00 pagi , dimana seramai 14 pasukan telah melapur diri untuk
bertanding.
Hadiah-hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini
Juara : Piala + Medal untuk 4 orang sepasukan
Naib Juara : Piala + Medal untuk 4 orang sepasukan
ketiga : Piala + Medal untuk 4 orang sepasukan
Keempat : Medal untuk 4 orang sepasukan
Perjalanan
pertandingan berjalan lancar seperti yang dirancangkan lebih lebih lagi
setelah mendapat suntikan semangat daripada Ketua Pergerakkan Pemuda
UMNO Bahagian Tawau dalam ucapan nya sebentar tadi.
Pertandingan
disambung semula setelah ditunda pada minggu lalu atas sebab keadaan
gelanggang yang basah dan licin akibat hujan lebat yang turun ketika
pertandingan sedang berlangsung.
Johan bagi Pertandingan Sepak Takraw anjuran KRT Kg.Ranggu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dimenangi oleh Pasukan Blok 31A. Mereka membawa hadiah yang disediakan RM300.00 , Trofi dan Medal yang disampaikan oleh Wakil Ketua Anak Negeri Tuan Hj.Amirbak bin Abdul Rahim
KRT Kg.Ranggu dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau telah berjaya menganjurkan Program Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Zon Ranggu. Dengan usaha dan sehati sejiwa program dapat dilaksanakan denga baik dan teratur walaupun terpaksa ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Diharapkan KRT Kg.Ranggu akan bekerjasama lagi dengan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau di Program yang lain pula.
No comments:
Post a Comment