Pertandingan Futsal telah diadakan pada 16 April 2017 yang lalu dengan mendapat sambutan yang menggalakkan dimana 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan diadakan di Dewan BSI Sport Centre.
1. Cici Caca , 2. UBM C , 3. Striker Ranggu , 4. Kuburan FT
5. Suster Ngesot , 6. UBM B , 7. UBM A , 8. Street Fighter
9. Coconut FT , 10. Kiram FC , 11. Sport Sains, 12. Anabin FC
13. Bukamba FT , 14. BSR FT , 15. Family FC, 16. Vateran FC

Sebanyak 16 Pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka ini adalah terdiri daripada anak anak muda Kg.Ranggu yang sentiasa perlukan aktiviti sukan Futsal. Dengan adanya Pertandingan ini sekurang kurang nya pihak KRT Kg.Ranggu dapat mengetengahkan bakat bakat anak muda kampung untuk berangkat lebih jauh lagi dan dapat menyumbang kepada keceriaan kampung.
Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad bersama Ketua Jiran Muda Mohd.Azhar bin Mokhtar menyambut Penolong Pegawai Perpaduan Tuan Julaiday Simon bersama menyaksikan Pertandingan Futsal yang sedang berlangsung.
Ketibaan Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan KSU(Politik) kepada Ketua Menteri Sabah ke Pusat Sukan BSI untuk menyaksikan pertandingan Futsal Anjuran KRT Kg.Ranggu dan seterusnya merasmikan dan menyampaikan hadiah hadiah kepada pemenang. Beliau diiringi oleh Pengerusi KRT Kg.Ranggu , PPPT Tuan Julaidy Simon dan Ketua Jiran Muda KRT Kg.Ranggu.
Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan KSU(Politik) kepada Ketua Menteri Sabah tiba diperkarangan Dewan Futsal BSI Sport Centra untuk acara Perasmian Penutupan Pertandingan Sukan Futsal Anjuran KRT Kg.Ranggu, turut disambut oleh KAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim.
Pertandingan Futsal berjalan dengan baik dan lancar dengan semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan oleh mereka yang mengambil bahagian. Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk menyaksikan Perlawanan akhir untuk menentukan Juara. Pasukan UBM-A bertemu UBM-C.
Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KRT Kg.Ranggu Tuan Yusof bin Hj.Ahmad dengan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan untuk merasmikan penutupan Pertandingan Futsal KRT Kg.Ranggu. Ucapan terima kasih juga kepada para peserta yang mengambil bahagian kerana bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kepada yang berjaya teruskan usaha lebih usaha lagi untuk bertanding dipentas terbuka , dan untuk yang kurang berjaya teruskan usaha dan anggap lah ianya amat berfaedah kepada kesihatan dan minda peserta.
Ybhg.Datuk Hj.Nizam memuji akan sikap anak anak muda yang berminat dalam aktiviti riadah dan sukan seperti sukan Futsal. Adalah lebih baik jika sikap ini disemaikan dan bersemadi dalam diri bagi mengelakkan dari pada perbuatan atau melakukan aktiviti yang tidak sihat yang akan menyebabkan ramai anak anak muda ketinggalan didalam arus Perdana menuju kecemerlangan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan; dimana Juara akan menerima
Hadiah Pertama – RM300.00 + Hamper + Medal
Hadiah Kedua – RM200.00 + Hamper + Medal
Hadiah Ketiga – RM100.00 + Hamper + Medal
Hadiah Fairplay – RM50.00 + Hamper
Hadiah Saguhati – Hamper untuk setiap pasukan yang bertanding
Para Pemenang menerima Hadiah yang mereka perolehi dari Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , KSU ( Politik ) kepada Ketua Menteri Sabah.
Perpaduan anak bangsa perlu diperkukuhkan demi kesinambungan perpaduan dimasa akan datang. Memupuk perpaduan melalui sukan adalah satu program yang mudah dilaksanakan terutama kepada Generasi muda yang sentiasa proaktif dan menerima program program seperti ini. KRT Kg.Ranggu sentiasa memikirkan keperluan aktiviti yang melibatkan anak muda atau Jiran Muda , ini kerana di kawasan KRT Kg.Ranggu belum mempunyai Dewan permainan yang didirikan dan terpaksa menyewa diluar kawasan KRT itu sendiri.
Penyampaian Hadiah turut disaksikan oleh Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad , Ketua Jiran Muda Mohd.Azhar bin Mokhtar , KAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim serta Tuan Syed Ahmad bin DSP Hj.Syed Abas
Pengadil Pertandingan menerima wang tunai kerana telah melakukan tugas sebagai pengadil pertandingan dari mula hingga keakhir.
Penglibatan anak anak muda kampung amat menggalakkan , pihak KRT Kg.Ranggu akan sentiasa memikirkan program program seterusnya bagi menampung keperluan anak anak muda dengan aktivit sihat dan berkumpulan. Dengan cara ini mereka akan dapat menilai sejauh mana keupayaan dan keboleh mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan rekreasi. Jiran Muda KRT Kg. Ranggu akan terus berusaha mendekati anak anak muda dengan menganjurkan pelbagai acara yang sesuai dan diminati dimasa akan datang.
.....END.....
No comments:
Post a Comment