CORETAN PERJALANAN AKTIVITI KRT KG.RANGGU DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM NEGARA BAGI MENYATUPADUKAN KAUM YANG BERBILANG AGAMA DAN KETURUNAN . DENGAN PERPADUAN PENYATUAN BANGSA MALAYSIA DIABAD KE-21 AKAN TERUS DIHAYATI OLEH GENERASI AKAN DATANG.
GOTONG ROYONG KRT RANGGU SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H PADA 24 & 26 JANUARI 2014 ( SEBELUM DAN SELEPAS ) DI MASJID JAMEK KAMPUNG RANGGU
Kumpulan membersihkan kawasan Masjid Jamek untuk digukan semasa Program Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Januari 2014 dimana Perarakan akan berkumpul disini dan acara Majlis diadakan dimana beberapa acara telah disediakan.
Carpet perlu dibersihkan dan Tikar sajadah perlu di susun atur mengikut kesesuaian acara itu nanti.
Kaum Wanita sedang berbincang mengenai Perarakan itu nanti dimana didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Para Pemimpin yang lain , termasuklah Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Ketua Kampung , WKAN , Imam-imam dan Pengerusi-pengerusi Masjid
Rihat sementara setelah mengemas dan membersihkan bahagian Masjid Yang akan di gunakan Program gotong royong ini telah diadakan pada 24hb. Januari 2014 di Masjid Jamek Kg.Ranggu Batu 9 , Jalan Ranggu Tawau , dimana acara pada 26 Januri 2014 yang akan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan , Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah .Sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini bertema “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
Sambil minum ada juga yang mesih meneruskan pembersihan dan menyusun atur peralatan yang akan digunakan semasa Perarakan dari Masjid Seri Ranggu Kampung Rancangan Ranggu ke Masjid Jamek Kampung Ranggu sejauh 2 kilometer sambil membaca Selawat Nabi yang diketuai oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan dan En.Syed Hassan Syed Idrus , Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Tawau.
Program Sambutan Maulidur Rasul dilaksanakan bersama oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Pengerusi KRT Kg.Ranggu , Pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu .
Banner sempena Program tersebut , Banner disediakan untuk perhatian dan pemberitahuan Masyarakat Kampung Ranggu agar lebir ramai Penduduk Kampung Yang akan melibatkan diri semasa Perarakan Maulidur Rasul yang dilaksanakan.
Menyediakan Kanopi untuk meletakkan makanan dan minuman untuk orang kampung yang datang
Membersihkan tempat makanan dan Minuman serta menyusun atur bagi keperluan semasa acara berlangsung.
Selesai acara Majlis Maulidur Rasul kini pembersihan perlu dilakukan dimana tikar dan Sajadah perlu dibersihkan agar Jemaah yang bersembahyang tidak terganggu.
Membersihkan dan menyusun atur peralatan Masjid setelah digunakan
Peralatan- peralatan yang dibersihakan disusun atur untuk dikembalikan kepada yang punya serta menyusun kerusi untuk dihantar kembali ke Balai Raya tempat menyimpan kerusi tersebut.
Tikar Sajadah telah disusun atur semula dan setelah dibersihkan dan juga Kawasan Hadapan Masjid telah dibersihkan agar tiada kotoran yang boleh mencemarkan Jemaah.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H PROGRAM WASSATIYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH ANJURAN BERSAMA KRT KG.RANGGU DENGAN JKKK KAMPUNG RANGGU , MASJID SRI RANGGU DAN MASJID JAMEK KG.RANGGU PADA 26 JANUARI 2014 DI KAMPUNG RANGGU
Kumpulan yang mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini berkumpul di Masjid Seri Ranggu Kampung Rancangan Ranggu. Seawal jam 7.00 pagi ramai penduduk Kampung Ranggu telah berkumpul.
Sebahagian daripada peserta Perarakan yang hadir bagi memeriahkan Acara Perakan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu Tahun 1435H bersamaan 26 Januari 2014 diPerkarangan Masjid Seri Ranggu sementara menunggu untuk berarak ke Masjid Jamek Kampung Ranggu Lama
Pengerusi KRT bersama-sama dengan peserta perarakan Maulidur Rasul bersedia untuk berarak bersama-sama peserta yang lain.
Program telah diadakan pada 26hb. Januari 2014 berkumpul di Masjid Sri Ranggu dan berarak ke - Masjid Jamek Kg.Ranggu Batu 9 , Jalan Ranggu Tawau , yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan , Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah .Sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini bertema “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” .
Perarakan ini didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Para Pemimpin yang lain , termasuklah Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Ketua Kampung , WKAN , Imam-imam dan Pengerusi-pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Masjid Jamek dan juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kg.Ranggu.
Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan mengadakan Perarakan dari Masjid Sri Ranggu Kampung Rancangan Ranggu ke Masjid Jamek Kampung Ranggu sejauh 2 kilometer sambil membaca Selawat Nabi yang didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan dan En.Syed Hassan Syed Idrus , Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , serta Pemimpin pemimpin Masyarakat yang hadir.
Program Sambutan Maulidur Rasul dilaksanakan bersama oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Pengerusi KRT Kg.Ranggu , Pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu .
Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi Bersama Pengerusi JKKK selaku wakil Pengerusi Penganjur yang mana Gabungan JKKK Kg.Ranggu , Rukun Tetanggan Kg.Ranggu , Masjid Sri Ranggu dan Masjid Jamek Kg.Ranggu
Ucapan Perasmian dari Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah
Pengisian Program yang dijalankan ;
1.Penyampaian Bantuan Khas Anak Yatim – seramai 5 orang penerima
2.Penyampaian Bantuan Khas Ibu Tunggal – seramai 5 orang penerima
3.Penyampaian Penghargaan Jiran Warga Emas – seramai 6 orang penerima
Penyampaian Bantuan kepada Masyarakat Kampung Ranggu Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2014
Tidak dilupakan juga bantuan disampaikan kepada balu dan juga Warga Emas serta Masyarakat setempat yang disampaikan oleh Ybhg.Tuan Hj.Nizam DSP AB.Titingan.
Bantuan Khas juga disampaikan kepada Warga Emas yang Uzur dengan bantuan berupa makanan harian seperti Beras dan lain-lain lagi.
Penyampaian Sumbangan dan Bantuan kepada Ibu-Ibu Tunggal yang disampaikan oleh Tuan Hj.Nizam yang disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu dan PKR Balung.
Penyampaian Bantuan Saguhati kepada Pelajar Cemerlang PMR dan UPSR Tahun 2013 yang telah memperolehi pencapaian yang sangat baik. Penyampaian Bantuan kepada Ibu Tunggal dan Pelajar Cemerlang disampaikan oleh Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan. Disaksikan oleh Pengerusi KRT dan Pengerusi Biro Kebajikan
KRT Kg.Ranggu
Penyampaian Penghargaan serta sijil kepada Tuan Ustaz Hj.Ahmad Malik yang menyampaikan ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg.Ranggu Anjuran Bersama JKKK ,
KRT Kg.Ranggu , Masjid Sri Ranggu dan Masjid Jamek Kg.Ranggu.
Penyampaian Cenderakenangan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu selaku Pengerusi Penganjur Bersama kepada Ybhg.Tuan Hj.Nizam DSP AB.Titingan , Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah sempena Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Kg.Ranggu yang mewakili YB.Datuk Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung. Turut sama menyaksikan Pegawai Kemajuan Rakyat , Ketua Kampung Ranggu dan Tim. Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.
Jamuan disediakan selepas acara dengan duduk bersila sambil bercerita hal ehwal semasa.
Hadirin menjamu selera sambil bersembang mesra antara satu dengan yang lain.
Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi ……………………….
END
No comments:
Post a Comment