Sunday, 3 February 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI KRT KG.RANGGU 2013

CORETAN PERJALANAN AKTIVITI KRT KG.RANGGU DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM NEGARA BAGI MENYATUPADUKAN KAUM YANG BERBILANG AGAMA DAN KETURUNAN . DENGAN PERPADUAN PENYATUAN BANGSA MALAYSIA DIABAD KE-21 AKAN TERUS DIHAYATI OLEH GENERASI AKAN DATANG.

MAULIDUR RASUL 1434H DAN PROGRAM SAYANGI KOMUNITI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H DAN PROGRAM SAYANGI KOMUNITI ERATKAN PERPADUAN ANJURAN BERSAMA KRT KAMPUNG RANGGU DENGAN JKKK KAMPUNG RANGGU PADA 02 FEBRUARI  2013 DI KAMPUNG RANGGU

Kumpulan yang mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini  berkumpul di Gelanggan Warisan KK Abidin Kampung Rancangan  Ranggu. Seawal jam 7.00 pagi ramai penduduk Kampung Ranggu telah berkumpul.

Warga Tunas Jiran turut mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul ini

Perarakan ini akan didahului oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali dan Para  Pemimpin yang lain , termasuklah Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Ketua  Kampung , WKAN , Imam-imam dan Pengerusi-pengerusi 

Pengerusi KRT bersama-sama dengan peserta perarakan Maulidur Rasul , Program telah diadakan pada 2hb. Februari 2013 di Balai Raya Kampung Ranggu , yang dirasmikan oleh YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali , ADUN N.55 Balung. Sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini bertemakan “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” dan Program KRT bertemakan “ Sayangi Komuniti Eratkan Perpaduan”.

Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan mengadakan Perarakan dari Gelanggang Warisan KK Abidin Kampung Rancangan Ranggu ke Balairaya Kampung Ranggu sejauh 2 kilometer sambil membaca Selawat Nabi yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Haji Syed Abas dan En.Hamil Hj.Awang , Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Tawau.

Program Sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu mana kala Program Sayangi Komuniti Eratkan Perpaduan diPengerusikan oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Ranggu.

Ucapan alu-aluan dari Pengerusi JKKK Kampung Ranggu Hjh.Kee Salmah Kee Yusof

Ucapan Oleh Pengerusi KRT Kampung Ranggu En.Yusof bin Hj.Ahmad

Ucapan Oleh Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah diProgram KRT dan JKKK diBalairaya Kg.Ranggu.

Ucapan Perasmian dari Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali 

Pengisian Program yang dijalankan ;
1.Penyampaian Rumah PBR – seramai 2 orang penerima
2.Penyampaian Bantuan Khas Anak Yatim – seramai 5 orang              penerima
3.Penyampaian Bantuan Khas Ibu Tunggal – seramai 5 orang              penerima
4.Penyampaian Penghargaan Jiran Warga Emas – seramai 26 orang    penerima

Penyampaian Replika Kunci Rumah PBR kepada Penerima

 Penyampaian Penghargaan kepada Jiran Warga Emas


 Penyampaian Penghargaan kepada Jiran Warga Emas

Ramai Jiran Warga Emas yang hadir bagi menerima Penghargaan dan Bantuan Khas dari JKKK dan KRT Kampung Ranggu


Penolong Pengarah dan Pegawai Perpaduan Daerah Tawau yang mewakili JPNIN Negeri Sabah  turut sama dalam penyampaian tersebut.

Jiran Warga Emas yang diraikan gembira diatas Penghormatan yang diberikan


Pegawai Kemajuan Masyarakat Balung En.Hamil Hj.Awang turut menyampaikan sumbangan bantuan khas kepada anak Yatim.


Penyampaian bantuan khas anak yatim dan ibu tunggal oleh Encik Hamil bin Hj.Awang Pegawai Kemajuan Masyarakat Bahagian Balung yang disaksikan oleh YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof Pengerusi JKKK Kg.Ranggu  dan Puan Jessica Banat Pegawai Perpaduan Daerah Tawau.


Penyampaian Penghargaan kepada Jiran Warga Emas oleh Penolong Pengarah JPNIN Sabah Puan Rosmah binti Wading yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Sabah yang disaksikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tawau Puan Jessica Banat dan En.Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu
.




No comments:

Post a Comment