Monday, 17 April 2017

PERTANDINGAN FUTSAL KRT KG.RANGGU


Pertandingan Futsal telah diadakan pada 16 April 2017 yang lalu dengan mendapat sambutan yang menggalakkan dimana 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan diadakan di Dewan BSI Sport Centre.  
1. Cici Caca , 2. UBM C , 3. Striker Ranggu , 4. Kuburan FT

5. Suster Ngesot , 6. UBM B , 7. UBM A , 8. Street Fighter

9. Coconut FT , 10. Kiram FC , 11. Sport Sains, 12. Anabin FC

13. Bukamba FT , 14. BSR FT , 15. Family FC, 16. Vateran FC

16 Pasukan yang mengambil bahagian yang terdiri daripada anak anak muda Kampung Ranggu. Pertandingan ini berlangsung diKompleks Sukan Bandar Sri Indah , Batu 10 Jalan Apas Tawau.


Sebanyak 16 Pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka ini adalah terdiri daripada anak anak muda Kg.Ranggu yang sentiasa perlukan aktiviti sukan Futsal. Dengan adanya Pertandingan ini sekurang kurang nya pihak KRT Kg.Ranggu dapat mengetengahkan bakat bakat anak muda kampung untuk  berangkat lebih jauh lagi dan dapat menyumbang kepada keceriaan kampung.


Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad bersama Ketua Jiran Muda Mohd.Azhar bin Mokhtar menyambut Penolong Pegawai Perpaduan Tuan Julaiday Simon bersama menyaksikan Pertandingan Futsal yang sedang berlangsung.
 

Ketibaan Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan KSU(Politik) kepada Ketua Menteri Sabah ke Pusat Sukan BSI untuk menyaksikan pertandingan Futsal Anjuran KRT Kg.Ranggu dan seterusnya merasmikan dan menyampaikan hadiah hadiah kepada pemenang. Beliau diiringi oleh Pengerusi KRT Kg.Ranggu , PPPT Tuan Julaidy Simon dan Ketua Jiran Muda KRT Kg.Ranggu.

Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan KSU(Politik) kepada Ketua Menteri Sabah tiba diperkarangan Dewan Futsal BSI Sport Centra untuk acara Perasmian Penutupan Pertandingan Sukan Futsal Anjuran KRT Kg.Ranggu, turut disambut oleh KAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim.





Pertandingan Futsal berjalan dengan baik dan lancar dengan semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan oleh mereka yang mengambil bahagian. Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk menyaksikan Perlawanan akhir untuk menentukan Juara. Pasukan  UBM-A bertemu UBM-C.



Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KRT Kg.Ranggu Tuan Yusof bin Hj.Ahmad dengan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan untuk merasmikan penutupan Pertandingan Futsal KRT Kg.Ranggu. Ucapan terima kasih juga kepada para peserta yang mengambil bahagian kerana bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kepada yang berjaya teruskan usaha lebih usaha lagi untuk bertanding dipentas terbuka , dan untuk yang kurang berjaya teruskan usaha dan anggap lah ianya amat berfaedah kepada kesihatan dan minda peserta.


Ybhg.Datuk Hj.Nizam memuji akan sikap anak anak muda yang berminat dalam aktiviti riadah dan sukan seperti sukan Futsal. Adalah lebih baik jika sikap ini disemaikan dan bersemadi dalam diri bagi mengelakkan dari pada perbuatan atau melakukan aktiviti yang tidak sihat yang akan menyebabkan ramai anak anak muda ketinggalan didalam arus Perdana menuju kecemerlangan.



Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan; dimana Juara akan menerima

Hadiah Pertama – RM300.00 + Hamper + Medal

Hadiah Kedua – RM200.00 + Hamper + Medal

Hadiah Ketiga – RM100.00 + Hamper + Medal

Hadiah Fairplay – RM50.00 + Hamper

Hadiah Saguhati – Hamper untuk setiap pasukan yang bertanding


Para Pemenang menerima Hadiah yang mereka perolehi dari Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , KSU ( Politik ) kepada Ketua Menteri Sabah.

Perpaduan anak bangsa perlu diperkukuhkan demi kesinambungan perpaduan dimasa akan datang. Memupuk perpaduan melalui sukan adalah satu program yang mudah dilaksanakan terutama kepada Generasi muda yang sentiasa proaktif dan menerima program program seperti ini. KRT Kg.Ranggu sentiasa memikirkan keperluan aktiviti yang melibatkan anak muda atau Jiran Muda , ini kerana di kawasan KRT Kg.Ranggu belum mempunyai Dewan permainan yang didirikan dan terpaksa menyewa diluar kawasan KRT itu sendiri.


Penyampaian Hadiah turut disaksikan oleh Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad , Ketua Jiran Muda Mohd.Azhar bin Mokhtar , KAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim serta Tuan Syed Ahmad bin DSP Hj.Syed Abas

Pengadil Pertandingan menerima wang tunai kerana telah melakukan tugas sebagai pengadil pertandingan dari mula hingga keakhir.



Penglibatan anak anak muda kampung amat menggalakkan , pihak KRT Kg.Ranggu akan sentiasa memikirkan program program seterusnya bagi menampung keperluan anak anak muda dengan aktivit sihat dan berkumpulan. Dengan cara ini mereka akan dapat menilai sejauh mana keupayaan dan keboleh mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan rekreasi. Jiran Muda KRT Kg. Ranggu akan terus berusaha mendekati anak anak muda dengan menganjurkan pelbagai acara yang sesuai dan diminati dimasa akan datang.





.....END.....









 
 

Monday, 3 April 2017

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ZON RANGGU


PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT ZON RANGGU ANJURAN KRT KG.RANGGU BERSAMA PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAWAU 

 
2 April 2017 @ 7.30 pagi , Gelanggang Sepak Takraw Balairaya Kg.Ranggu - Kumpulan anak anak muda yang berminat bermain sepak takraw telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Tawau bersama KRT Kg.Ranggu Tawau.

Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw ini disempurnakan oleh Tuan Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.

Beliau menyeru kepada anak anak muda yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi perlulah berbuat demikian , begitu juga dengan keahlian parti UMNO anak anak muda diseru menyertai parti keramat ini dimana didalamnya terdapat banyak aktiviti aktiviti yang melibatkan anak anak muda.

Penyampaian cenderakenangan oleh Tuan Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu kepada Tuan Ariffin bin Hj.Kassim sempena perasmian Pertandingan Sepak Takraw Zon Ranggu.

Sebagai gimik perasmian Tuan Ariffin bin Hj.Kassim memulakan sepakkan untuk tekong pada game 5 sahaja.  

Service yang kedua untuk gimik perasmian ini , nampak begitu teruja para penonton.

Service ke-tiga

  Service ke-empat



Dengan aksi tersendiri diservice ke-lima ini yang jarang jarang disaksikan petapa kesungguhan nya untuk melakukan service yang terbaik

Pertandingan dimulakan setelah urusan pemilihan game telah dipersetujui dimana pertandingan ini ialah sistem kalah mati. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi , dimana seramai 14 pasukan telah melapur diri untuk bertanding.
Hadiah-hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini
Juara : Piala + Medal  untuk 4 orang sepasukan
Naib Juara : Piala + Medal untuk 4 orang sepasukan
ketiga : Piala + Medal untuk 4 orang sepasukan
Keempat : Medal untuk 4 orang sepasukan

 
Perjalanan pertandingan berjalan lancar seperti yang dirancangkan lebih lebih lagi setelah mendapat suntikan semangat daripada Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dalam ucapan nya sebentar tadi.

Perjalanan pertandingan terganggu oleh keadaan cuaca dimana pada sebelah tengahari hujan turun dengan lebatnya dan tidak berhenti sehingga penangguhan dibuat dimana game akan diteruskan selepas waktu zohor sekiranya cuaca mengizinkan. Selepas waktu zohor keadaan cuaca masih lagi lembab denga hujan renyai-renyai.Permainan disambung semula sehingga peringkat separuh akhir dimana cuaca lembab dan keadaan gelanggang yang licin penganjur terpaksa menangguhkan permainan kesuatu tarikh iaitu pada 9 April 2017 untuk perlawanan tempat ke 3 & 4 dan Johan dan Naib Johan digelanggan yang sama.  


Pertandingan disambung semula setelah ditunda pada minggu lalu atas sebab keadaan gelanggang yang basah dan licin akibat hujan lebat yang turun ketika pertandingan sedang berlangsung.

Pasukan Blok 31B yang mendapat tempat ketiga setelah menewaskan pasukan Ranggu Jalan Mariano. mereka memenagi hadiah RM100.00 , Trofi dan Medal.Hadiah disampaikan oleh Tuan Yusof bin Hj.Ahmad , Pengerusi KRT Kg.Ranggu

Pasukan Batu 8 mendapat tempat kedua atau Naib Johan setelah tewas kepada pasukan Blok 31 A dengan membawa pulang hadiah RM200.00 , Trofi dan Medal yang disampaikan oleh Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof  Pengerusi JKKK Kampung Ranggu.


Johan bagi Pertandingan Sepak Takraw anjuran KRT Kg.Ranggu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dimenangi oleh Pasukan Blok 31A. Mereka membawa hadiah yang disediakan RM300.00 , Trofi dan Medal yang disampaikan oleh Wakil Ketua Anak Negeri Tuan Hj.Amirbak bin Abdul Rahim


KRT Kg.Ranggu dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau telah berjaya menganjurkan Program Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Zon Ranggu. Dengan usaha dan sehati sejiwa program dapat dilaksanakan denga baik dan teratur walaupun terpaksa ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Diharapkan KRT Kg.Ranggu akan bekerjasama lagi dengan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau di Program yang lain pula.