CORETAN
PERJALANAN AKTIVITI KRT KG.RANGGU DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM NEGARA
BAGI MENYATUPADUKAN KAUM YANG BERBILANG AGAMA DAN KETURUNAN . DENGAN
PERPADUAN PENYATUAN BANGSA MALAYSIA DIABAD KE-21 AKAN TERUS DIHAYATI
OLEH GENERASI AKAN DATANG.
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KG.RANGGU YANG DILAKSANAKAN BERSAMA JIRAN MUDA KRT KG.RANGGU PADA 11 FEBRUARY 2017 @ 7.30 PAGI

11
Februari 2017 @7.30 pagi , Tanah Perkuburan Islam Kg.Ranggu - Program
Gotong Royong KRT Kg.Ranggu dengan kerjasama Ketua Jiran Muda Saudara
Azhar dan rakan rakan Jawatankuasanya.

Persiapan untuk kerja kerja gotong royong meracun rumput telah sedia untuk dimulakan.

masing-masing
mengambil peranan , meracun rumput yang mana membawa bersama pump untuk
semburan racun rumput dan membersihkan kawasan kuburan.

Meracun rumput rumpai bagi kawasan yang belum digunakan agar tidak terlalu tebal dan tinggi rumputnya , aktiviti seumpama ini dilaksanakan di semua kampung terutama setiap kali dalam bulan Ramadhan. Aktiviti
yang dilaksanakan dengan meletakkan pentingnya permuafakatan dan
perpaduan dalam melakukan kerja amal yang dituntut oleh Islam. Dalam
melaksanakan ibadat yang dituntut untuk mendapatkan pelbagai ganjaran
dan fadilat selain memastikan keutuhan semangat jati diri, persefahaman
dan kesatuan dalam komuniti.

OBJEKTIF :
i. Menjadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam sebagai kawasan yang bersih dan indah Kebersihan Di dahulukan Keceriaan Diutamakan.
ii.
Melahirkan 1 kesatuan ummah berlandaskan semangat 1 Malaysia dan
direalisasikan dengan semangat bergotong royong dari masyarakat kampung
yang diterajui oleh anak anak muda.
iii. Membina azam dan semangat baru dalam membina masyarakat yang bersatu padu serta bertoleransi.
SYOR :
i.
Kerja-kerja gotong royong pengindahan Tanah Perkuburan Islam ini wajar
diteruskan dalam membina hubungan yang baik dengan masyarakat dan agensi
setempat dan merasa tanggungjawab bersama dalam memelihara keindahan
Tanah Perkuburan Islam.
ii. Perlunya ada signs / papan tanda mengikut kesesuaian tempat di Tanah Perkuburan tersebut.
iii. Perlu ada sisterm perparitan yang sempurna memandangkan tiada saluran pengaliran air yang sempurna di Tanah Perkuburan.
iv. Melibatkan lebih ramai penduduk kampung untuk sama sama bergotong royong membersihkan kuburan.