Monday, 18 January 2016

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KG.RANGGU

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT KAMPUNG RANGGU TAWAU PADA 17 JANUARI 2016

Setiap tahun Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu ini akan diadakan dan ianya seakan sudah menjadi amalan Penduduk Kampung mengadakan Program seperti ini setiap Tahun. Pada Tahun ini telah diputuskan dalam Mesyuarat AJK Pelaksana Sambutan ini , perarakan akan bermula dari Masjid Sri Ranggu atau pun Balairaya Kampung Ranggu ke Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. 


Para peserta telah berada di perkarangan Masjid Sri Ranggu seawal jam 7.00 pagi dengan pakai kebangsaan yang beranika warna. Dengan semangat kasih sayang kepada Rasullulah saw mereka datang berkumpul sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw.


Disamping itu penduduk kampung dapat berkumpul dan berjumpa antara satu dengan yang lain kerana rutin hari dan juga tugas harian masing masing yang berbeza beza. Dengan adanya acara seperti ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka.


Kaum wanita juga tidak ketinggalan , sama sama menghadiri 
Sambutan Maulidur Rasul ini.





Pada jam 7.30 pagi ramai sudah Penduduk Kampung yang hadir , sambil menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang mana Yang Berhormat akan sama sama berarak , berjalan ke Surau Ummu Bariah di Kampung Rancangan Ranggu yang jarak nya lebih kurang 2 kilometer dari Tapak permulaan ini.


Penduduk Kampung bersembang sesama mereka sementara menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali 


Pada jam 7.45 pagi YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali tiba diperkarangan Masjid Sri Ranggu dengan disambut oleh Penduduk Kampung Ranggu yang telah berada disitu sejak jam 7.00 pagi lagi. Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Balung Tuan Said Hassan bin Said Idrus , WKAN Hj.Amirbak bin Abd.Rahim , Hjh.Kee Salmah Kee Yusof Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Hj.Yusof Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Kakitangan UPPM Balung dan AJK Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.


Yang Berhormat Bersalaman dengan Penduduk Kampung 


Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu



Dengan sinaran cahaya matahari pagi bacaan Doa memohon keselamatan dan keharmonian Program akan terlaksana


Pada jam 8.00 pagi perarakan mula bergerak menuju ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu. Sambil berselawat para peserta berjalan kaki berarak bersama sama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung dan penduduk kampung Ranggu.


Dalam Perarakan sambil berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali bersama Pemimpin - pemimpin Kampung kelihatan begitu bertenaga dan ceria. Penduduk Kampung Ranggu semestinya gembira pada hari tersebut kerana dapat bersama sama pemimpin mereka. 


Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 45 minit itu telah mencapai objektif iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Kampung Ranggu dengan mempamerkan kesepakatan dan keharmonian penduduk kampung bersatu menjayakan program yang sedemikian. 


Perjalanan yang telah menghampiri garis penamat iaitu Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. Ahli Jawatankuasa Surau Ummu Bariah telah menyediakan beberapa Program disamping Program Sambutan Maulidur Rasul. 


Antara program yang disediakan oleh AJK Surau Ummu Bariah ialah Ceramah Agama yang akan disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Nazri Dollah dan juga Majlis Marhaban oleh Kumpulan Selawat.  


YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan diMajlis tersebut dengan menekankan bahawa perpaduan anatara penduduk kampung memang sentiasa terjalin erat oleh yang demikian diharapkan akan berterusan dari semasa ke semasa.   Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah.Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.


Seperti biasa sempena sambutan Maulidur Rasul diadakan juga penyampaian bantuan kepada penduduk kampung.

Majlis pada hari diakhiri dengan Majlis Makan Tengahari bersama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali bersama penduduk kampung.


END