Tuesday, 10 December 2019

BERKHATAN 2019



PROGRAM BERKHATAN BERAMAI RAMAI

Program berkhatan beramai ramai atas usaha Ahli Jawatan Kuasa Masjid Jamek Kg.Ranggu bersama KRT Kg.Ranggu yang telah diadakan di Masjid Jamek Kg.Ranggu pada 09 Disember 2019. Atas usaha murni ini seramai 25 orang kanak kanak telah mengambil bahagian berkhatan. Aktiviti berkhatan ini memang sentiasa diadakan saban tahun , lebih lebih lagi ianya mendapat sokongan daripada penduduk kampung. Program ini diadakan sempena cuti persekolahan dimana kanak kanak yang belum berkhatan akan mengambil bahagian dalam program ini.




Program ini sentiasa mendapat perhatian daripada YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau , yang mana sejak dulu lagi beliau sentiasa memberikan sokongan dan hadir bersama rombongan beliau seterusnya merasmikan Program ini.





Kehadiran YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan disambut oleh Pengerusi KRT Kg.Ranggu Encik Yusof bin Hj.Ahmad bersama Tuan Hj.Md.Zain Ahmad Pengerusi AJK Masjid Jamek Kg.Ranggu. 

Perkara ini sabit menerusi arahan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Hurairah daripada Nabi SAW bersabda: 

"Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku." (al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, Mazhab Shafie menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki dan wanita. Keengganan berbuat demikian akan menyebabkan mereka berdosa kerana telah melanggar kewajipan yang disyariatkan Islam dari zaman Nabi Ibrahim lagi. Selain Nabi Ibrahim ia juga turut menjadi syariat Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl ayat 123 yang bermaksud:
"Kemudian Kami wahyukan kepada mu (wahai Muhammad): hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik."

Turut diriwayatkan juga bahawa Nabi Ibrahim pernah berkhatan ketika usia Baginda 80 tahun. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, 

"Nabi Ibrahim berkhatan di suatu tempat yang bernama al-Qaddum (terdapat riwayat menjelaskan ia bermaksud alat untuk berkhatan) dan ketika itu Baginda berusia 80 tahun." (Riwayat al-Bukhari)

Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat juga mazhab fiqah yang berpendapat amalan berkhatan ini hanya dikategorikan sebagai sunat dan tidak sampai ke tahap wajib seperti mana yang dijelaskan oleh Mazhab Shafie. Asas kepada pandangan ini ialah hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Berkhatan adalah sunah bagi golongan lelaki dan kemuliaan bagi wanita." (Musnad Imam Ahmad)

Bagaimanapun, pandangan tersebut tidak boleh diguna pakai di negara ini memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip Mazhab Shafie. Atas dasar itu, mewajibkan amalan berkhatan ke atas semua umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita adalah sangat wajar. Ini kerana ia sejajar dengan sunnah rasul, selain itu ia juga sangat menepati kehendak perubatan yang sememangnya memelihara kesihatan umat Islam daripada sebarang penyakit kelamin dan seumpamanya.





Dalan Ucapan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan , beliau memberitahu bahawa cara berkhatan pada zaman teknologi kini tidak lagi membebankan kanak kanak dengan rasa kesakitan berbeza dengan yang sebelum ini. Di Malaysia berkhatan telah menjadi suatu perkara yang wajib dilakukan kerana kita adalah penganut Mazhab Shafie dimana ianya adalah wajib dilakukan. 

Disabitkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari bahawa Nabi Ibrahim as berkhatan sewaktu berusia 80 tahun. Anjuran berkhatan dalam Islam ialah penerusan tradisi beliau. Namun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukumnya.

Imam Malik, Syafii, Ahmad, AlSya'bi dan Al-Auza'i berpendapat bahaw ia wajib. Imam Malik menyatakan sesiapa yang tidak berkhatan tidak layak menjadi imam dan kesaksiannya ditolak.

Imam Abu Hanifah, Hasan AlBasri dan Ibn Qudamah berpendapat bahawa ia sunat bagi kaum lelaki dan mulia bagi wanita. Pokoknya, amalan berkhatan perlu ditegakkan kerana ia antara syiar Islam. Ada ulama menolak amalan berkhatan bagi wanita berdalilkan kisah yang diriwayatkan Um 'Atiyyah ra bahawa wanita di Madinah berkhatan tetapi Nabi saw kemudian melarangnya kerana tidak berkhatan baik untuk kesihatan dan lebih disukai suami. (Riwayat Abu Daud). Sebaliknya, golongan yang membenarkan khatan bagi wanita berhujah dengan hadis Um Habibah yang mengendalikan khidmat khatan bagi wanita. Pada suatu hari, Nabi saw menziarahi Um Habibah dan mendapati pisau di tangannya. Nabi saw lalu bertanya bagi memastikan pisau itu digunakan untuk berkhatan.

Um Habibah bertanya: "Apakah ia (khatan) haram untuk wanita?"

Nabi saw menjawab: "Bahkan ia halal." Baginda lalu bersabda: "Wahai wanita Ansar, berkhatanlah kamu tetapi janganlah melampau dalam memotongnya." (Riwayat AlBaihaqi).

Terdapat perbincangan di kalangan ulama apakah orang lanjut usia perlu berkhatan. Kitab Al-Mughni oleh Ibn Qudamah meriwayatkan bahawa Imam Ahmad pernah ditanya apakah seorang lelaki yang memeluk agama Islam ketika usia dewasa perlu berkhatan. Imam Ahmad menjawab: "Aku lebih suka jika dia berbuat demikian kerana Nabi Ibrahim as melakukannya." Segolongan orang berpendapat berkhatan hanya adat sesetengah kaum dan ia bukan suatu ibadah. Oleh itu, mereka menolaknya. Bagi menjawab keraguan ini, kita boleh tinjau beberapa kajian saintifik yang membuktikan manfaat berkhatan bagi menyokong amalan yang sudah lama diamalkan majoriti masyarakat Islam.






YB.Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan kanak kanak yang mengambil bahagian berkhatan. Beliau dengan murah hati telah menyampaikan sagu hati kepada kanak kanak yang mengambil bahagian dalam Program Berkhatan Beramai ramai di Masjid Jamek , Kg.Ranggu.

Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, kemeriahan sesuatu majlis itu bergantung kepada kemampuan dan kehendak seseorang serta kebiasaan masyarakat setempat. Dulu majlis kenduri sempena berkhatan selalunya dibuat serentak dengan majlis perkahwinan. Ini untuk menjimatkan belanja dan kerja. Telah menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara beramai-ramai, iaitu 2-10 orang yang terdiri daripada kaum keluarga ataupun saudara-mara. Namun sekarang ini ianya dijadikan suatu Program bagi memudahkan anak anak mendapat perkhidmatan berkhatan dan pasti nya beramai ramai mencapai 25 ke 30 orang .

Suatu ketika dulu , pada sebelah petang atau malam sebelumnya, kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian baru. Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak dikhatankan itu. Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa makan adap-adapan itu. Kini berkhatan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau klinik swasta. 

KEBAIKAN BERKHATAN

Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan.

Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya.

1. Menjauhkan tebiat kencing malam.

2. Mendatangkan kebersihan.

3. Mengawasi kesihatan.

Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya.

1. Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain.

2. Sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya.

3. Berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah.

4. Menyumpurnakan tuntutan syarak.




Kanak kanak ini sedang menunggu giliran untuk berkhatan 



Sebagai menghargai kehadiran YB.Datuk Hj.Nizam ke Program Berkhatan Beramai ramai di Masjid Jamek Kg.Ranggu pihak penganjur tidak lupa untuk menyampaikan cenderakenangan yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu Tuan Hj.Md.Zain Ahmad




Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya dibawa melawat ke ruang berkhatan dimana salah seorang peserta sedang menjalani prosedur berkhatan. Dunia semakin canggih dimana kanak kanak tiada lagi rasa gementar dan takut kerana proses yang berjalan tidak menyakitkan dan semuanya berjalan dengan mudah tidak memakan masa yang lama.





Di Majlis ini juga YB.Datuk Hj.Nizam menyampaikan sumbangan wang tunai kepada KAFA Kg.Ranggu yang diterima oleh Guru KAFA Ustazah Sharifah untuk membeli buku keperluan KAFA tersebut.

Turut hadir di Program ini Puan Hjh.Rosmah binti Wading Pegawai Perpaduan Daerah Tawau , En.Kamarudin bin Salahudin Ketua Kg.Ranggu , Tuan Hj.Mahmud Sakti Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tawau ( Bersatu ) , En.Tony Taha AJK Bahagian Bersatu Tawau , Hj.Kee Jamal Kee Sulaiman AJK Bahagian Bersatu Tawau , En.Lika Hj.Marzuki AJK Bersatu Tawau , En.Basir Hj.Yahya AJK Bersatu Tawau dan En.Zulkifli Hamid AJK Bersatu Tawau dan Hjh.Kee Salmah Kee Yusof Bendahari Masjid Jamek Kg.Ranggu .

Dalam satu hadis dinyatakan, salah satu sebab manusia di azab di alam barzakh adalah tidak membersihkan kotoran dengan betul selepas membuang air kecil.

Perkara itu ada dinyatakan dalam satu hadis daripada Saidina Ibnu Abbas RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati kawasan perkuburan di Madinah atau Makkah.

Lalu Baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Kedua-duanya sedang diazab, tidaklah kedua-duanya diazab disebabkan perkara yang besar.”’

Kemudian Baginda bersabda, “Yang pertama (diazab) kerana tidak bersih dari kencingnya dan yang lain kerana suka ke sana sini dengan tujuan adu domba.”

Lalu Baginda menyuruh supaya diambil pelepah (tamar) dan membelah ia kepada dua bahagian.

Kemudian Baginda meletakkan di atas setiap satu bahagian pada kedua-dua kubur. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah tuan melakukan sebegini?

Baginda menjawab: “Mudah-mudahan kedua-duanya ini diringankan daripada (azab kubur) selama kedua-dua pelepah ini masih basah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)












END






Sunday, 30 June 2019

MAJLIS JALINAN MESRA RUKUN TETANGGA DAERAH TAWAU



30 JUN 2019 BERSAMAAN 26 SYAWAL 1440H MAJLIS JALINAN MESRA RUKUN TETANGGA DAERAH TAWAU TELAH BERLANGSUNG DIDEWAN SERBAGUNA SK BAHAGIA TAWAU

Sempena Hari Raya Aidilfitri Program dapat menyatukan kesemua Rukun Tetangga Dearah Tawau di Dewan SK Bahagian. Dapat bertemu rakan rakan dengan bersalam salaman serta bermaaf maafan.

Setelah sebulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa iaitu rukun Islam yang ketiga, kini tibalah masa untuk hari raya Aidilfitri pula menjelma.

Hari yang dinanti-nantikan oleh setiap insan ini seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya.

Antara cara untuk menzahirkan rasa kesyukuran itu adalah dengan melaksanakan perkara-perkara sunat yang disarankan dalam Islam dan dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pada setiap 1 Syawal.

Pada Program ini dengan terkumpulnya anggota Rukun Tetangga di Daerah Tawau akan tersemat rasa kegembiraan dapat bersama sama berkumpul sambil menjalankan acara acara yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur dimana antaranya penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kawasan Rukun Tetangga yang akan diterima oleh Pengerusi nya sendiri.




Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Tawau telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna SK Bahagia yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan. Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Tawau Puan Rosmah Wading.








Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Pengerusi KRT Daerah Tawau atas sumbangan mereka yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program dan aktiviti dikawasan masing masing





Kesempatan beramah mesra dengan Ahli ahli KRT Daerah Tawau yang hadir pada malam itu. Dalam ucapan beliau terdahulu , beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan bagi merasmikan acara Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Tawau yang mana beliau dapat bertemu dengan Ahli ahli KRT dari merata tempat di Tawau.
















END












Sunday, 11 November 2018

KURSUS DALAMAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN MESYUARAT



10 November 2018 KRT Kg.Ranggu telah melaksanakan satu Program iaitu Kursus Dalaman Kepimpinan dan Pengurusan Mesyuarat  untuk Jiran Wanita yang diuruskan oleh Hjh.Kee Salmah Kee Yusof selaku Penceramah / Moderator dimana dalam kursus ini menitik beratkan kepada pencapaian peserta kursus dalam memahami inti pati kursus , semoga ianya berguna kepada mereka suatu hari nanti.Untuk menepati kehendak kursus , Bengkel juga diadakan agar ianya lebih menerapkan perkara kursus dapat difahami dan dilaksanakan suatu hari nanti.




Kursus ini khas untuk Jiran wanita KRT Kg.Ranggu ianya sebahagian daripada aktiviti KRT yang menggunakan dana daripada Tabung KRT. Kursus ini dibuat sebagai satu aktiviti Jiran Wanita agar mereka lebih mengetahui peranan dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin dan mengetahui selok belok penyediaan mesyuarat.






Sebahagian dari peserta kursus mengabadikan potret selepas pendaftaran kursus sebagai kenangan suatu masa nanti. Mereka begitu gembira dapat bertemu rakan rakan yang sama menyertai kursus ini. Saat beginilah yang banyak orang nantikan dimana sambil mendapat Ilmu dapat juga bertemu sahabat yang jarang bertemu.








Modul Kursus ini telah disediakan oleh Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , beliau ada seorang mantan kakitangan kerajaan bertugas sebagai Pendidik sehingga lah keakhir jawatan beliau selaku Ketua Nazir sekolah di Tawau. Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , kini beliau tidak lagi menjawat jawatan tersebut dan beliau mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti seperti ini untuk kebaikkan Generasi Wanita Kampung Ranggu. Peserta kursus begitu berminat dan arif mendengar ceramah yang disampaikan.








Dalan Bengkel ini peserta Kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan membincangkan perkara perkara yang telah disediakan untuk mereka ketengahkan dalam penyampaian nanti. Masing masing telah menyediakan juru cakap kumpulan yang akan membuat persembahan .









Persembahan kumpulan yang mana amat memuaskan kerana mereka telah dapat memahami inti pati kursus yang diadakan semoga ianya menjadi bahan yang berharga kepada mereka disuatu masa nanti.







Majlis Penutupan Kursus Dalaman Kepimpinan dan Pengurusan Mesyuarat diadakan sebelah petang dan seterusnya penyampaian Sijil Penyertaan kepada Peserta. Kursus ini dirasmikan oleh Puan Hjh.Rosmah Wading Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Tawau..











END



Sunday, 10 September 2017

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-60


KG.RANGGU TAWAU - 10 September 2017 , Sambutan Hari Kebangsaan ke - 60 tahun telah diadakan di Balairaya Kg.Ranggu Tawau dengan menyediakan beberapa Program Semarak Kemerdekaan. Pada sebelah pagi acara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah. Semua penduduk yang hadir berkumpul digelanggan sepak Takraw dimana acara menaikkan bendera yang di iringi dengan nyanyian lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.Selepas itu bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Azhar bin Hj.Mokhtar.



















Semangat Patriotisme yang ditunjukkan oleh Penduduk Kampung Ranggu amat disanjung tinggi , dimana saban tahun acara serupa ini diadakan Sambutan Hari Kebangsaan pasti nya akan mendapat sokongan mereka. Semangat cintakan negara adalah semangat patriotik kepada negara. Dengan mempunyai semangat patriotik yang sejati barulah lahir jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi.








Selepas acara menaikkan Bendera dan menyayikan lagu Patriotik dan Bacaan Ikrar , semua penduduk kampung bersama sama pemimpin kampung berkumpul semula didalam Balairaya untuk meneruskan acara acara yang telah disediakan.Pemimpin pemimpin kampung yang hadir WKAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim , WKAN/Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad , PJKKK Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , KK Bahauddin bin Ahmad , Pemaju Mukim Hj.Mohd.Zain bin Ahmad, Setiausaha JKKK Zaini bin Abidin  turut hadir Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dan Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan rombongan.








Persembahan bacaan Sajak Kemerdekaan oleh anak anak Sekolah Kebangsaan Kg.Ranggu.




Ucapan alu-aluan Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof  , Pengerusi JKKK Kg.Ranggu merangkap Pengerusi Pelaksana Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 serta Majlis meraikan Kemenangan Kg.Ranggu dalam Pertandingan Anugerah Desa Perdana Peringkat Daerah Tawau.

Dalam ucapan nya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada program program yang dijalankan yang perlukan penglibatan penduduk kampung. Dalam Program kali ini pengisian nya adalah merupakan semangat perjuangan dan Patriotisme serta memberikan penghargaan kepada mereka yang terdahulu yang telah memberikan sumbangan bagi memajukan kampung dan pemimpin kampung. Beberapa Penghargaan yang disampaikan sempena Program kali ini seperti ; 

1. Jasa Mu dikenang
3 orang pemimpin lama di Kampung diberikan Sijil Penghargaan yang akan diserahkan kepada waris masing masing. 

 2. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK Pelaksana Hari Kebangsaan tahun ini diberikan Sijil Penghargaan

3. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK Pelaksana Anugerah Desa Perdana yang telah berusaha sehingga Kg.Ranggu mencapai kejayaan Johan Anugerah Desa Perdana Daerah Tawau.

4. Penyampaian Trophi dan Sijil Penghargaan
Pemenang Keluarga " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017"

5. Penyampaian Hadiah
Pemenang Mewarna dan Melukis untuk kanak kanak sekolah.










Kumpulan Pemuzik kanak kanak sekolah SK.Ranggu mempersembahkan beberap buah lagu Patriotik termasuklah lagu sehati sejiwa yang dinyanyikan bersama kanak kanak Tadika KEMAS sambil mengibarkan Bendera Malaysia. Kita cuba terapkan nilai nilai Murni dan Cintakan Negara kepada anak anak.

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan? 
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap pemimpin dan haruslah dijulang sampai ke langit. Pemimpin pemimpin kampung harus juga menerapkan amalan ini pada kanak kanak dibanku sekolah , bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan Pemimpin dan masyarakat serta ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak ini. Misalnya, harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam diri dan jiwa anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi kehidupan.  Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi.








Penerima Sijil Penghargaan " Jasa Mu Dikenang " Pemimpin pemimpin yang terdahulu yang banyak menyumbang kepada pembangunan dalam Kampung Ranggu. Waris waris mereka telah hadir dan menerima sujil tersebut sebagai tanda bahawa Jasa dan Budi mereka terdahulu tetap dikenang dan diabadikan dalam ingatan kepada Generasi masa kini dan akan datang.

i. Imam Ahmad bin Aliho

Imam Pertama di Kampung Ranggu dalam tahun 1950an hingga 1970an. Beliau adalah Imam bertauliah dimana segala urusan keagamaan Imam Masjid Ranggu , nikah kahwin , kenduri kendara dan banyak lagi. Seorang daripada anak beliau telah dilantik menjadi Ketua Kampung Ranggu. Dulu terdapat sebuah Masjid di Kampung Ranggu ianya diperbuat daripada kayu dan struktur bertiang. Masjid tersebut telah dibina dalam tahun 1930an dan telah beberapa kali diubahsuai. Disamping Masjid terdapat sebuah Beduk yang digunakan oleh kaum muslimin memberitahu kepada penduduk kampung tentang masuknya waktu untuk Solat Fardu, ianya juga digunakan untuk waktu berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Disitu juga ada terdapat sebuah perigi yang digunakan untuk mengambil air untuk berwuduk. Masjid tersebut telah dirobohkan dalam tahun 1990an dimana sebuah Masjid baru yang lebih besar dan diperbuat daripada konkrit dibina , atas Peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Tempatan melalui Majlis Perbandaran Tawau.  

ii. WKAN Abdullah bin Salim @ Panglima Abdullah Salim 

Ketua Kampung Ranggu yang pertama dalam tahun 1930an. Beliau adalah cucu kepada Penghulu Puado salah seorang pemimpin yang disegani semasa Pemerintahan Kolonial British North Borneo terutama sekali di Daerah Tawau. Selepas Perang Dunia kedua beliau telah diberikan amanah untuk menjaga beberapa kawasan kampung sebagai Wakil Ketua Anak Negeri disekitar bahagian Apas seperti Kg.Tinagat , Kg.Batu Payung , Kg. Membalua dan Kg.Ranggu. Beliau menjalankan tugasnya dengan begitu Dinamik dan sentiasa melawat kampung kampung yang dibawah jagaan nya dan berhubung dengan ketua ketua kampung / OT Kampung . Didalam Kampung Beliau sangat disegani dan dihormati sehingga lah beliau meninggal dalam tahun 1986.

iii. KK Mohamad Nor Jamaluddin

Beliau adalah seorang pesara perkhidmatan kerajaan yang telah bertugas sebagai seorang Pembantu Perubatan Kanan di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau. Setelah beliau bersara beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung Ranggu iaitu dalam tahun 1986. Perkhidmatan beliau dalam kerajaan sejak zaman kolonial lagi. Beliau adalah salah seorang pemain bola sepak Malay Team Tawau sekitar tahun 1950an. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesihatan dimana beliau telah berkhidmat lebih kurang 40 tahun bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu beliau juga berminat dalam politik dimana beliau telah dipilih dan dilantik sebagai Ketua Cawangan UMNO Kg.Ranggu sejak permulaan UMNO masuk ke Sabah dalam tahun 1990. Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah USNO dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991.


























Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penerima penerima diatas usaha dan kerjasama yang telah diberikan untuk membantu melaksanakan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan juga semasa Program Penilaian Anugerah Desa Perdana yang telah dilaksanakan. Dengan kerjasama yang berterusan  , segala masalah dan keperluan untuk melaksana dan mentadbir Program program dapat diusahakan dengan jayanya.







Pemenang-pemenang yang berjaya dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang Peringkat Kampung Ranggu yang diberi nama Keluarga    " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017". 

Setiap tahun Jawatankuasa Pelaksana menyediakan hadiah hadiah Istimewa untuk menyemarakkan lagi penglibatan penduduk kampung Ranggu melibatkan diri dalam pertandingan ini. Keistimewaan Pertandingan ini ialah pemenang tidak perlu mengisi borang penyertaan hanya menghiaskan rumah dan kawasan rumah dengan Bendera Jalur Gemilang bermula dari 1 Ogos setiap tahun. Jawatankuasa Penilai yang telah dipilih oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana akan meronda kawasan kampung dan membuat penilaian bagi menentukan pemenang.










Pemenang pemenang bagi pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak kanak sekolah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dengan dibantu oleh Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu. Pemenang Menerima Sijil Penyertaan dan Tropi.




Sebagai mengenang jasa dan budi serta usaha berterusan yang telah ditabur bakti oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof telah dikejutkan dengan hadiah sejambak bunga berserta Plate yang disediakan oleh AJK JKKK Kg.Ranggu dan Penduduk Kampung sebagai menghargai usaha yang berterusan beliau memajukan kampung serta membantu penduduk kampung tanpa mengenal penat lelah. Hadiah disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.




Sementara menunggu ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang akan merasmikan Program ini , AJK JKKK mencuba bermain musik dengan menyampaikan beberapa buah lagu. Walau pun sudah lama tidak bermain alat alat musik namun kelihatan mereka masih boleh memainkan beberapa buah lagu dan pasti nya ramai yang terhibur.






Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam disambut oleh Ketua Ketua Masyarakat Penduduk Kampung Ranggu dengan begitu mesra dan ria. Sudah menjadi adat dan tradisi penduduk kampung akan menghormati kedatangan orang orang kenamaan atau Pemimpin yang datang.Beliau seterusnya di iring masuk kedalam Balairaya dimana orang ramai telah sedia menunggu untuk acara perasmian program.















Penduduk Kampung telah berkumpul sejak jam 7.30 pagi lagi bagi memenuhi acara yang dijalankan.Manakala pihak AJK Pelaksana telah bersedia menyediakan minum pagi dan makan tengahari agar penduduk kampung selesa mengikuti acara yang dipersembahkan.








Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , mengingatkan kembali kepada titik perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Air Tercinta. Perjuangan untuk mendapat Kemerdekaan bukan lah begitu mudah ianya memerlukan Perpaduan Bangsa dan Keutuhan Perjuangan. Oleh yang demikian Generasi pada hari haruslah sentiasa bersyukur kerana tanpa perjuangan orang orang yang dulu tiada yang ada pada hari ini. Dari itu sayangi lah Kemerdekaan ini , Kukuhkan Perpaduan dan sentiasa mengingati bahawa kejayaan sesuatu kaum itu bukan nya datang begitu sahaja tetapi mesti lah diusahakan dan sentiasa patuh kepada kepimpinan yang ada. 




Penyampaian cenderakenangan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu kepada Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan kerana sudi datang dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Kg.Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu.




Penyampaian Cenderakenangan kepada Pegawai KEMAS Daerah Tawau oleh Tuan Hj.Yusof bin Hj.Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.








Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun Peringkat Kg.Ranggu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Semoga usaha murni ini harus diteruskan agar lebih banyak lagi penduduk kampung yang datang dan mengambil bahagian dalam memperpadukan perpaduan di Kg.Ranggu.














END